Nice (kumpulan nasyid)
Nice (kumpulan nasyid)

Nice (kumpulan nasyid)

Kumpulan Nice merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2006 dan menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.NICE tampil dengan imej remaja ceria dan aktif serta gaya tersendiri dan konsep album yang menggabungkan genre muzik pop dakwah dan genre muzik R&B bagi mudah mendekati golongan rakan sebaya.Dengan niat untuk menarik minat rakan remaja agar sama-sama meminati genre muzik nasyid yang berkonsepkan pop dakwah dan R&B, maka NICE telah ditubuhkan melalui satu uji bakat dan setelah beberapa tapisan dibuat akhirnya NICE terpilih sebagai artis pertama NAZZ Music Entertainment. NICE dianggotai oleh Muhd. Safwan Jahri (bekas anggota Aeman), Muhd. Afiq Hamdan, Mohd. Izwan Musai(Bekas Ahli)dan Wan Mohd. Taqiuddin Wan Hussin.Nice ditakrifkan sebagai Networked Individual Calibrated for Exploration yang membawa maksud sekumpulan individu yang berhubung baik antara satu sama lain yang bermatlamat untuk menentu ukur penjelajahan mereka di dalam industri nasyid supaya diterima sehingga ke seluruh dunia.NICE menampilkan konsep album yang menggabungkan genre muzik ‘pop arab’ dan R&B yang segar dan bertujuan untuk meperluaskan penerimaan pendengar dan menarik minat pencinta muzik dari genre lain. Sasaran utama kumpulan nasyid NICE adalah penuntut – penuntut IPT, peminat peminat nasyid selain pasaran massa secara amnya.Di Festival Nasyid Kebangsaan 2008,anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) mereka telah dianugerahkan:Sementara di Anugerah Industri Muzik ke 16, NICE telah tercalon di dalam top 5 Album Nasyid Terbaik.

Nice (kumpulan nasyid)

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Pelajar + Penyanyi Vokal
Pengkarya berkait Berkumpulan
Syarikat rakaman Nazz Music Entertainment
Ahli Wan Mohd Taqiuddin, Muhammad Afiq,
Genre Nasyid + Pop R&B Arab
Bekas ahli Mohd Izwan, Muhd Safwan
Tahun aktif 2006 - kini